Friday, August 8, 2008

RAJA BERPERLEMBAGAAN




SMK MAK MANDIN















RAJA BERPERLEMBAGAAN


Maksud


1.Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan di bawah sistem berperlembagaan.
2.Raja berperlembagaan yang moden menggunakan konsep triaspolitica,atau politik tiga serangkai.
3.Raja adalah ketua negara yang mempunyai kuasa terhad .
4.Jika Raja mempunyai kuasa penuh ianya dipanggil monarki mutlak .
5.Raja berperlembagaan digabungkan dengan perwakilan demokrasi.
6.Raja mempunyai peranan tradisional di dalam sebuah negara.
7.Perdana Menteri yang memerintah negara bukannya raja.
8.Raja berperlembagaan adalah melalui sistem demokratik.


Majlis Raja-Raja


Maksud


1.Majlis raja-raja merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut perlembagaan perseketuanMalaysia.
2.Perlembagaan perseketuan memperuntukan kerajaansupaya memperolehi nasihat daripada majlis raja-raja.
3.Majlis ini dianggotai oleh semua sembilan Raja Melayudan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia.


Sejarah


1.Sejarah Majlis Raja-Raja bermula dengan penubuhan Majlis Raja Melayu bagi Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896.
2.Ia terdiri daripada Negeri Perak , Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
3.Mesyuarat Pertama Majlis Raja-Raja Negeri Melayu Bersekutu dikenali sebagai Mesyuarat Durbar.
4.Ahli Majlis Raja-Raja ditambah dengan kemasukan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Negeri Johor , Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
5.Negeri Melaka , Pulau Pinang , Sabah dan Sarawak menjadi ahli apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya.


Fungsi


1.Memilih Yang di-Pertua Agong dan Timbalan Yang di-Pertua bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual ketiga.
2.Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan , amalan dan upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan.
3.Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
4.Melantik anggota-anggota Mahkamah khas di bawah Fasal (1) Perkara 182.
5.Memberi ampun , reprief , respit , meremitkan , menggantung atau meringankan hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) perkara 42 , dan boleh menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara.


Kuasa Yang di-Pertuan Agong


Menurut perkara 32(1)Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar sebagai Yang di-Pertuan Agong .Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan dibawah bahagian 15 (Perkara 182 dan 183).Selepas baginda,Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.


3.2 Kepala Utama Negara bagi Persekutuan , dan Permaisurinya.


>Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di Pertuan Agong.
>Beliau mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.
>Permaisuri Yang di-Pertua Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala masalah orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.


18.2 Mahkamah Khas


>Mahkamah Khas hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan ,Pengerusi dan Hakim –hakim besar mahkamah tinggi.
>Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan kesalahan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja sesuatu negeri.
>Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti Mahkamah Bawahan ,Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.
>Prosiding dalam Mahkamah Khas hendak diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota.


Senarai Yang di-Pertuan Agong
http://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_Yang_Di-Pertuan_Agong_Malaysia


Alatan Kebesaran Di Raja
http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bm/rk4/rk4.php